Contengan diriku ..

My photo
Catatan dan tulisan menjadi teman pengganti diri ini bila sepi.. Aku hanya seorang manusia biasa, terlahir ke dunia kerana cinta ibu dan ayah.. Mencintai semua orang yg mencintai diri ini.. Kebaikan bukan untuk dipamerkan, tetapi diamalkan.. "Jangan Menilai Aku Dari Kaca Luar" Sekian :)

Friday, 11 January 2013

Salam Jumaat 11/1/2013 :)

Assalamualaikum,
Dear Blog..

My first day without facebook, hehe.. First of all aku cuma rasa macam nak menconteng something pada blog aku ni, but this time is not a fact lah kan, saja suka² :)

Tadi pagi aku ada kelas ECO120, Quiz 1 pulak.. 
Actually I don't have any basic of Economics before, 
but then it makes me feel like Oh! This is the fact that i need to look for some extra effort on it..

Minggu ni terasa sangat memenatkan, dan kalau diikutkan akan terjadi fenomena "mata panda" kepada diriku dan rakan² seperjuanganku yg lain kerana minggu ini jadual kami agak pack dengan event dan program, aku cerita sikit lah ea perjalanan hari² aku sepanjang minggu ni,
bermula daripada Isnin - kelas Photo Comm.. 8.30 pg kelas bermula sehinggalah pukul 11.30 pg, then dapatkan surat pengesahan utk interview Karangkraf minggu depan..
aku belajar serba sedikit tentang kamera DSLR tu, seronok lah jugak sebab selepas apa yang kitorang belajar, setiap kali kami membelek² majalah or any picture, kitorang tak pandang kosong je semua tu, semua ada point nak dicakap, effect colour tu lah, kesan apperture pada gambar tulah, sikit² at least ada yg berisi dalam topik perbualan kami kan..

Hari kedua Selasa - kelas Publishing.. 8.30 pg sehinggalah pukul 11.30 pg, tp kelas habis awal selepas sesi presentation by group discussion by Puan Shida, habis je Publishing class, aku terus ikut Pn. Shida utk install software Adobe inDesign, dan alhamdulillah dapat 3 sekali, inDesign, Photoshop, dan Illustrator.. 
Lepas siap meng"install" semua tu, aku dengan budak² group assignment aku pergi pulak jumpa Pensyarah utk proses pinjaman dengan pihak fakulti, then dapatkan cop KPP, Ketua Pusat Pengajian atau lebih senang, Koordinator Fakulti Komunikasi & Pengajian Media kitorang,, 

Habis semua tu, turun pulak daripada Fakulti yg memang atas bukit kayangan tu, pergi Blok B, 
sampai² kat situ, Bilik Media tutup, call Encik Jasmi sebab nak jumpa, dia kata pukul 3 baru free,
Ya Allah, penatnya,, dugaan kami betul lah.. waktu tu baru pukul 1 tau..
Hari Selasa tu jugak lah aku kena injection untuk second dos HPV..
Secara kesimpulannya, aku penat gila lah hari tu..

Hari Rabu pulak, Lab Test Oh! Lab Test ..
8.30 pg - 10.30pg kelas Modern Issue,
11.30 pg - 2.30 ptg kelas In Design, 
Alhamdulillah, lecturer suruh kitorang design poster dan aku design poster bertemakan Photo Gallery "Colour of Life" takde lah cantik mana sangat, 
tp at least it was a new experience and me like it so much, hehe :)


Hari Khamis tak berapa busy sebab kelas Journalism cancel, so, aku ada kelas Economics pagi pukul 8.30 sampai 11.30 jela, lega lah jugak, hehe...

Dan...hari ini Jumaat, kelas Economics je, 
lepastu malam pulak ada program Kemahiran Insaniah yang diadakan satu kali setiap semester..
Pukul 8 mlm nanti kitorang dah kena ada dekat Dewan Taming Sari UiTM Melaka, dengar ceramah..
Hope semua berjalan lancar walaupun Tuhan je tahu betapa aku rasa sangat penat...

Esok Sabtu 12/1/2013, 
sambungan Program KI dan Ahad 13/1/2013 ni, 
semua student Diploma Komunikasi dan Media semester 04 ada event SNAP2013 (Photo Camp)..
Penat Oh! Penat :))
 Hehe..

Okay done with my conteng²...
Selamat menunaikan solat Zohor awak, awak dan awak :)

BilaCeritaTercipta.Blogspot.Com-NynaEts" aku menulis pada 11/1/2013, 1.00 pm :)





No comments:

Post a Comment