Contengan diriku ..

My photo
Catatan dan tulisan menjadi teman pengganti diri ini bila sepi.. Aku hanya seorang manusia biasa, terlahir ke dunia kerana cinta ibu dan ayah.. Mencintai semua orang yg mencintai diri ini.. Kebaikan bukan untuk dipamerkan, tetapi diamalkan.. "Jangan Menilai Aku Dari Kaca Luar" Sekian :)

Monday 14 January 2013

Photo Camp "SNAP 2013" :)

 Assalamualaikum, 
Dear Blog..


Penat Oh! Penat..

Tp, alhamdulillah.. Photo Camp sudah pun selesai semalam Ahad 13/01/2013..
Hari ini aku nak cerita pasal apa yang kitorang buat semalam, 
lepas beberapa hari berusaha nak dapatkan DSLR tu, then dapatlah jugak guna semasa Photo Camp ni berlangsung...

Kalau ikut jadual asal, pukul 8 sepatutnya dah kena ada kat atas dah, maksud aku Fakulti Komunikasi & Pengajian Media yg tinggi nun di atas bukit kayangan aku tu, hehe..
Tp, nasib tidak menyebelahi si pejalan kaki tegar mcm kami ni, hujan lebat turun membasahi bumi Lendu London ni haa..


So, lambat sikit lah event tu start.. Dan bila Mascomm student untuk batch kami Mei 2011 berkumpul, terasa merah fakulti tu, hehe... 


Lepas je pendaftaran, a day began... Masing² dengan DSLR dan tripod masing², pelbagai warna, pelbagai gaya... Photo Camp yang diadakan ini untuk memberi sedikit panduan tentang teknik nak shoot gambar untuk assignment "7 Pictures" kami tu.. 


I'm not really in a mood yesterday actually..
But sincerely, everything's going well and I love the night scene :)
Aku ada cerita sikit nak share,
aku tidaklah pandai sangat nak ber"function" dengan DSLR ni,
tp seronok lah jugak godeh² kamera tu, berangan jadi photographer sekejap semalam, haha..


Semalam ingat dapat shoot untuk sunset tau, tp tak dapat sebab awan tutup cahaya matahari.. 
Dan, cahaya matahari pun tak terik sangat semalam..
Sayang betul lah kan, ish..ish... 
Nak buat macam mana tak dapat lah tengok matahari terbenam semalam, bukan rezeki kami lah nampaknya..


PERSIAPAN SEBELUM SENJA :)




Suasana sebelum senja :)


Bila dah penat dan dijangkiti penyakit malas, inilah kerja kami ...

Inilah perangai aku, nampak kamera kerja nak "peace" je :D



Aku dengan Mira, haa..
memang mcm nilah bila bosan dan penat  saling berjangkit kat kitorang :)




(NIGHT SCENE) 
Tapi yang paling seronok masa night scene lah, sebab main lighting, lampu cantik, I love it !






So, the conclusion is, the 16 hours credit for our subject Photo Communication ni sangat memenatkan tetapi sedikit sebanyak aku belajar lah jugak daripada hanya tahu "Klik!" dan "Snap!" gambar je kan, hehe....

Itulah serba sedikit cerita aku pasal aktiviti yang kitorang buat semalam untuk event SNAP 2013 kami ni, 
event Semester 4 Mascomm student yang sangat penat dan diharap semoga ia dapat memberi banyak manfaat untuk kami, insya Allah.. SEKIAN :)


BilaCeritaTercipta.Blogspot.Com-NynaEts" aku menulis pada 14/01/2013, 4.05 p.m :)

No comments:

Post a Comment