Contengan diriku ..

My photo
Catatan dan tulisan menjadi teman pengganti diri ini bila sepi.. Aku hanya seorang manusia biasa, terlahir ke dunia kerana cinta ibu dan ayah.. Mencintai semua orang yg mencintai diri ini.. Kebaikan bukan untuk dipamerkan, tetapi diamalkan.. "Jangan Menilai Aku Dari Kaca Luar" Sekian :)

Thursday 3 January 2013

Komitmen Itu Penting?

Assalamualaikum,
Dear Blog, 

Selamat Tahun Baru !

Sekarang, aku sudah berada di bumi Melaka, 
melangkah meninggalkan bumi Johor dengan harapan untuk meneruskan pengajianku di sini... 
Tiket bas semalam dari Larkin pukul 1.30 p.m, 
Sampai ke Melaka Central dalam pukul 4 lebih, lama tak?? 
Okay, fine --" (JB-Melaka) je kan, hehe... 

Sepatutnya pagi tadi aku ada kelas Modern Issue, tapi cancel pulak semalam..
So, hari ini ada satu kelas je, sekejap lagi pukul 11.30 a.m In-Design.. 

Okay, enough for the story,
Back to our point... 

~KOMITMEN~
Korang rasa apa yang selalu dikaitkan dengan komitmen? 
Kehidupan?? Percintaan?? 

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Empat
- Komitmen merujuk kepada sikap (pendirian atau perbuatan) memberikan sepenuh tenaga dan perhatian, juga menunjukkan sokongan dan azam yang sepenuhnya kepada sesuatu. Oleh itu, ia merupakan satu bentuk perjanjian (keterikatan) untuk melaksanakan sesuatu.  

Sumber : Pusat Rujukan Persuratan Melayu (DBP Malaysia)

Dan ini pendapat aku, 
- Komitmen ialah satu bentuk kesepaduan dalam diri antara kehendak dan keperluan, 
maksud aku kat sini, komitmen itu macam bila kita mahukan sesuatu, kita mesti ada usaha dan inisiatif untuk mendapatkan sesuatu itu. Dan... untuk merealisasikan semua itu, ia memerlukan satu tempoh masa yang konsisten untuk melaksanakan kehendak yang kita perlukan.

Aku tak kata, tanpa komitmen itu kita takkan berjaya, tetapi komitmen itu boleh dikatakan "appointment" untuk tahu bila kita patut berhenti atau bila kita perlu teruskan lagi.. 

(Komitmen Dalam Kehidupan)

Setiap landasan hidup memerlukan komitmen untuk menikmati kehidupan yang lebih baik. Segala penat lelah, kerahan tenaga, idea yang dicetuskan saban hari adalah sinergi untuk memberikan komitmen yang terbaik untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Aku selalu bertanya kepada ayahku, "Ayah, kenapa perlu bekerja keras, membanting tulang melakukan itu dan ini?" Jawab ayah, "Semua ini ayah buat untuk kita." 
Di situ, aku dapat satu kesimpulan, kita takkan rasa terpaksa kalau kita mahu mencapai kepuasan daripada apa yang kita kerjakan. 

(Komitmen Dalam Percintaan)
Kisah cinta Romeo & Juliet yang cukup hangat diperkatakan suatu masa dahulu, si kekasih sanggup berkorban apa sahaja untuk pasangannya. 
Ya, itulah komitmen. Bagi aku, dalam percintaan, tiada istilah pura - pura.. 
Kita bercinta untuk melihat ia kekal sehingga menjadi satu ikatan yang sah. Komitmen dalam percintaan termasuklah kepercayaan, kesetiaan dan kejujuran kerana nilai itu sangat tinggi untuk menjamin kebahagiaan dunia dan akhirat, insya Allah.. 

Tetapi andai ditakdirkan, sekuat mana kita bertahan namun akhirnya percintaan dan kehidupan masih menjadi porak peranda, mungkin itu yang dinamakan suntikan ujian dariNya..

Walau apa pun, apa yang aku sebutkan di atas hanyalah sekadar perkongsian pendapat dan suara hati dari seorang aku yang masih jahil melewati usia di atas muka bumi ini.. 

Okay, rasanya dah tiba masa untuk bersiap² ke kelas..
Kalau korang rasa ada yang salah dalam penulisan aku dan masih perlu untuk aku perbaiki, 
silakan menegur ya, aku okay je :)

BilaCeritaTercipta.Blogspot.Com-NynaEts" aku menulis pada 2/1/2013, 10.33 a.m :)

No comments:

Post a Comment