Contengan diriku ..

My photo
Catatan dan tulisan menjadi teman pengganti diri ini bila sepi.. Aku hanya seorang manusia biasa, terlahir ke dunia kerana cinta ibu dan ayah.. Mencintai semua orang yg mencintai diri ini.. Kebaikan bukan untuk dipamerkan, tetapi diamalkan.. "Jangan Menilai Aku Dari Kaca Luar" Sekian :)

Tuesday, 1 January 2013

Revoir 2012 ~ Welcome 2013 :)


Assalamualaikum,
Dear Blog..

Hari ini 1.1.2013, dan aku nak ucapkan Selamat Tinggal(Revoir!) kepada 31.12.2012 yang baru sahaja 
mengundurkan diri beberapa jam yang lalu..
Segala cerita, pahit dan manis yang telah aku lalui sepanjang tahun 2012 telah aku 
simpan kemas² di dalam lipatan kenangan aku..
Senyuman dan tangisan silih berganti menemani aku saban waktu, dan aku berdoa 
semoga tahun 2013 ini akan menjadikan aku sedikit lebih matang..
Oh, ya.. Cerita pasal "New Year", satu topik menarik untuk dikupas dan diulas,
Tentu ramai di antara ratusan ribu penghuni dunia yang tidak terlepas daripada 
memasang azam baru dalam hidup mereka.. 
Dan aku, juga tidak terkecuali, sama seperti mereka.. 
Seorang manusia biasa yang turut sama mengaitkan hasrat "Biar Mimpi Sampai Ke
Bintang", eh.. dah macam lagu Finalis Vokal Bukan Sekadar Rupa lah pulak, hehe..
Aku dan 2012 takkan pernah aku lupakan, 
Kini 2013 membuka tirai..
Entah apa agaknya cerita yang bakal tercipta buat aku dan hidupku selepas ini..

Azam aku untuk tahun 2013 ini ialah :
  •  Menamatkan semester 04 dan semester 05 dengan cemerlang pd tahun ini, insya Allah :)
  •  Menjadi seseorang yang lebih produktif, iaitu menyiapkan segala tugasan dgn cepat dan tepat supaya semua urusan kuliah berjalan lancar, insya Allah :)
  • Menjadi seseorang yang mungkin kelihatan kosong pd zahirnya tetapi lebih bernas apabila berkata² :)
  • Belajar menguruskan waktu, perbelanjaan, hiburan dan yang paling penting waktu untuk diluangkan bersama kekasih yang sempurna dunia dan akhirat :) 
  • Menikmati usia hidup dengan lebih matang :)
  • Belajar memperbaiki segala kesilapan dan menambah baik segala kekhilafan :)
  • Belajar untuk sentiasa mencintai dan menghargai seorang (dea) yang sangat bermakna dan teristimewa dlm diari hatiku :)
  • Mengekalkan apa yg baik dariNya, insya Allah :)


Itulah aku punya "Wish List" untuk 2013 ke depan, korang macam mana?? 
Apa pun semoga apa yang kita hajatkan, sampai terus ke pintu langit,
dan sudi untuk didengarkan olehNya, insya Allah...

Kata orang, "Sharing is Caring".. 
Tak salah kan untuk kita berkongsi cerita, kalau korang rasa nak share azam baru 
korang untuk tahun 2013 dengan aku, aku okay je :)

BilaCeritaTercipta.Blogspot.Com-NynaEts" aku menulis pada 1/1/2013, 03.12am :)

No comments:

Post a Comment