Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum ...
~Antara CINTA dan CITA - CITA~
~Antara CINTA dan CITA - CITA~
Berbicara soal CINTA.
Macam seronok je bila topik cintan cintun ni masuk kan.
Hati terasa bahagia, jiwa berbunga - bunga.
Bibir menguntum senyum.
Cinta memang dahsyat.
Soal cinta sangat berkait rapat dengan permainan hati dan titik soal dalam jiwa.
Cinta ibarat satu pertaruhan.
Menerima kehadirannya seolah - olah menyahut seruan pertaruhan itu.
Jika kita menang dalam pertaruhan tersebut, maka BAHAGIA itu milik kita.
Tapi harus diingat!! Cinta tak semestinya memiliki. Jika ditakdirkan kita gagal menaungi pertaruhan hati itu, Allah mempunyai rencanaNya yang tersendiri. Aku tak pernah menolak bahawa CINTA itu akan hadir, juga tidak sedikitpun aku nafikan bahawa CINTA itu juga akan pergi bila - bila masa yang DIA kehendaki.
Hanya Allah yang menentukan kalah menangnya kita dalam pertaruhan tersebut.
Bila kita berani menerima cinta, maka kita harus berani menanggung risikonya bukan?
Aku menganggap CINTA itu menakutkan. KERANA APA?
Kerana setiap perkara yang menakutkan, pasti kita susah nak lupakan.
Sweet tak macam tu? Hehe. Jangan marah. Ini cuma sepotong pendapat, bisikan halus daripada jiwa yang halus.
Dalam menyemai benih halus sebuah rasa, tak lupa pula pada tuntutan CITA - CITA di mana ia juga sebuah pertaruhan, antara masa depan dan keterlangsungan.
Meneruskan CITA - CITA atas nama kemahuan dan tanggungjawab. Anugerah kehidupan yang penuh makna. Bersama CITA - CITA aku meneruskan lagi langkahku, tanpa jemu aku terus mengorak satu demi satu anak tangga dengan harapan, aku akan berjaya hingga ke akhirnya.
CITA - CITA yang tersemat di jiwa akan cuba ku capai sekuat hati, sebulat tekad dan azam yang tinggi.
Hanya satu pintaku, agar dapat ku seimbangkan antara CITA dan CINTA.
Terlalu besar harapan, terlalu tinggi permintaan hati untuk aku menggagahkan diri untuk terus berada di mercu kejayaan, insyaAllah akan ku tunaikan.
Buat seseorang atau sesiapa yang bakal menjadi teman hidupku kelak, izinkan aku terus berada di jalan ini.
Temani aku untuk aku terus menggali ilmu di dunia ini.
Tentang soal CINTA, ya aku sangat komited untuk kekal setia bersama yang sudi setia bersamaku. Manakala bagi soal CITA, ya aku masih terus konsisten mengumpul kekuatan meraih rekod terbaik dalam hidupku.
Duhai CINTA, aku harap kau masih setia menunggu hingga waktunya kau dan aku disatukan kelak.
Duhai CINTA, aku harap kau masih sudi bersabar berkongsi cerita, mendengar segala cerita yang tersemat di kalbu.
Duhai CINTA, fahamilah CITAku sepertimana aku memahami CITAmu.
Duhai CINTA, CITAku bukan hanya ILMU, tapi juga KAMU.
Semoga Allah restu, insyaAllah amin :))
Okay lah, itu je rasanya.
Jari rindu nak berkongsi tinta.
Jumpa lagi nanti,
SEBELUM AKU LUPA,
"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI"
Masih belum terlambat lagi kan nak ucap. Okayyy~
SEBELUM AKU LUPA,
"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI"
Masih belum terlambat lagi kan nak ucap. Okayyy~
Selamat malam ^_^
BilaCeritaTercipta.Blogspot.Com-NynaEts" aku menulis pada 31/7/2014, 12.01 a.m :)
No comments:
Post a Comment