Contengan diriku ..

My photo
Catatan dan tulisan menjadi teman pengganti diri ini bila sepi.. Aku hanya seorang manusia biasa, terlahir ke dunia kerana cinta ibu dan ayah.. Mencintai semua orang yg mencintai diri ini.. Kebaikan bukan untuk dipamerkan, tetapi diamalkan.. "Jangan Menilai Aku Dari Kaca Luar" Sekian :)

Thursday 3 January 2013

Ukur Baju Di Badan Sendiri :)

Assalamualaikum, 
Dear Blog.. 


Memasuki tahun 2013 ini bererti tiada lagi angka 1 pada usiaku, walaupun kemunculan November itu masih lama, tetapi kehangatannya sudah terasa.. 

Usia Oh! Usia :)
Selalunya memang macam tu kan, walaupun usia sebenar masih jauh tetapi apabila masuk sahaja tahun baru, maka secara automatiknya usia kita juga turut berubah wajah.. 

Tahun ini (2013) umur aku bertukar daripada 19 kepada 20 tahun.. 
Finally, it comes to me, hehe..

Okay, sebelum aku mula membebel yang bukan², 
lebih baik aku tumpahkan dakwat aku pada keyboard ni..

EPIDEMIK:
BERJANGKIT ATAU TERJANGKIT?

Kalau kita rujuk kepada Kamus Pelajar Edisi Kedua, definisi Epidemik ialah keadaan sesuatu penyakit berjangkit yang mudah merebak di kalangan penduduk sesuatu kawasan pada waktu yang sama atau senang kata macam virus lah, cepat merebak. 

Sumber : Pusat Rujukan Persuratan Melayu (DBP Malaysia)

Apa yang cuba aku sampaikan dalam penulisan aku kali ini ialah Epidemik dalam Kehidupan. Maksud aku di sini ialah keadaan atau suasana kehidupan kita yang hidup dalam masyarakat yang terdedah dengan segala macam cerita. Sebagai contoh, kalau ikut pada isu trend semasa, sesebuah kelompok masyarakat akan mudah terikut² dengan gaya dan style dan bagi sesiapa yang tidak mengikuti peredaran zaman tersebut akan dilabel sebagai "Outdated".. 

Persoalan aku di sini,
"Perlukah sesuatu itu diikut hanya untuk mendapat tempat di mata orang lain?" 
"Adakah salah kalau kita sekadar tahu tetapi tidak sama² berubah mengikut apa yang diubah?"

Aku tahu pada zaman yang serba canggih dan global ini, manusia sedang mengejar populariti. Mereka dan kami sedang berlumba² untuk bersaing bagi mendapat tempat di mata penonton² dunia. Kan? Kan? 

Epidemik dalam Kehidupan : Berjangkit atau Terjangkit?

Rata² sebagai seorang manusia, kita takkan terlepas daripada terdorong untuk memiliki apa yang orang lain miliki. 
Tetapi, nasihat aku pada diri dan juga untuk sesiapa yang sudi membaca apa yang aku conteng pada blog aku ni, 
Pepatah ada mengatakan, "Ukur baju di badan sendiri"
Di situ jelas sekali, setinggi mana keinginan kita untuk memiliki sesuatu, biarlah berpada² dengan kemampuan kita sendiri. Tak perlu kita beria² menurutkan kehendak hati sedangkan akhirnya diri kita yang binasa. 
Maklum lah, bila dah tak ikut ukuran badan sendiri, mulalah ada yang tak kena, baju terbesar lah, kain singkat lah, faham² jela kan :)

Aku tak kata salah kalau kita nak rasa lebih daripada orang lain, silakan. Tetapi, biarlah ada hadnya, jangan sampai merana diri. Bukankah lebih elok kalau kita sentiasa sedar diri. Duit tak ada? Puasa kan boleh. Baju orang tu cantik? Menabung lah kalau nak beli yang sama pattern. Mungkin kita akan dapat yang lagi cantik daripada itu. 

Aku sekadar nak bagi pendapat dan berkongsi cerita dengan korang. 
Jadi orang tu, tak perlu nak ikut sangat orang lain kalau semata² nak nampak perfect. Kalau kita rasa selesa dengan apa yang kita miliki, kenapa perlu yang jadi orang lain kan? 

Mulut manusia memang kita takkan dapat tutup, hati manusia memang kita tak dapat puaskan. Biar apa yang mereka nak kata, usah pedulikan. Berjangkit itu kan bahaya, nanti diri sendiri yang sakit dan nak elak daripada terjangkit, sila kawal diri. 


Aku pun tak tau lah apa yang aku membebel kat atas tapi harap korang faham lah dengan apa yang aku cuba nak sampaikan tu. Kalau ada apa² penambahan idea, aku okay je :)

BilaCeritaTercipta.Blogspot.Com-NynaEts" aku menulis pada 2/1/2013, 9.06 p.m :) 





No comments:

Post a Comment