Contengan diriku ..

My photo
Catatan dan tulisan menjadi teman pengganti diri ini bila sepi.. Aku hanya seorang manusia biasa, terlahir ke dunia kerana cinta ibu dan ayah.. Mencintai semua orang yg mencintai diri ini.. Kebaikan bukan untuk dipamerkan, tetapi diamalkan.. "Jangan Menilai Aku Dari Kaca Luar" Sekian :)

Saturday, 5 January 2013

Conteng Conteng Di Pagi Hari :)

Assalamualaikum,
Dear Blog..

Rasanya kali ini pun aku just nak menconteng blog aku ni dengan something yang tak ada fact, 
hanya untuk suka² je..

Malam ni nampaknya tinggallah aku dengan senior aku je, dua orang lagi roommate aku balik, maklum lah esok kan Saturday and Sunday.. Meaning to say cuti hari minggu lah ^_^

Dan, kami pun...apalagi...
Esok dah sah² kitorang tak ada kelas, jadi.. tidur lambat pun no hal lah kan, hehe..
Aku ni, bila dah menghadap laptop.. ada je yang aku nak conteng,
tp dah pagi² mcm ni, idea aku beku sekejap...
Esok mungkin boleh tumpahkan idea aku pada papan keyboard aku ni kot..
Ya...Maybe...

Hari ini aku belajar lah belek sikit² tutorial nak bagi blog aku ni tak nampak "dull" sangat, bukan apa.. 
At least,
aku sendiri rasa teruja dan seronok nak buka dashboard aku kan..
Seronok dapat terjun ke kolam blog ni, yang sememangnya menarik untuk sesiapa yang rasa nak syok sendiri macam aku..
Tp..
Cop! Cop!
Aku memang syok sendiri, cuma aku akan pastikan pengisian untuk blog aku nanti akan lebih mendatangkan manfaat dan sekurang²nya berkongsi idea dengan korang semua..

Aku pun tak tahu sebenarnya ada ke orang yang sudi menjengah ke laman blog BilaCeritaTercipta aku ni, but then...
It's okay as long as I can entertain myself :)

Sedikit cerita untuk dikongsi..
Pagi tadi.. aku hampir terlambat ke kelas Economics..
Apalagi, memang macam apa lah kan aku bersiap,
Tp yang buat aku tergelak sendiri tu.. Perangai aku bila aku "ter"bangun lambat, bangun tidur je muka aku mesti nak cover² mcm --> "Haii..mana ada aku lambat (sambil lambai² tangan)" 
Tapi lepas tu, lesap terus ke bilik air...hahaha.. 
Nina~Nina~

Tapi nasib baik lecturer tak masuk lagi.. Biasalah, kelas pagi takkan aku seorang je lambat kan (peace)..
Aku sangat suka tengok lecturer Eco ni time dia masuk kelas, berseri²..senyum je muka dia..hehe..
Sampai aku siap tanya kat classmate aku, 
" Sir ni agaknya tak bosan ke hadap muka kita 2 hari berturut² ea?"
hehehe.. 

Tp, apapun.. dia seorang lecturer yang baik..
Aku tak pernah ada basic Economics sebab masa SPM dulu aku ambil Sains Tulen..
Jadi bila muka krik krik aku keluar, "Maafkan saya sir.."hehe..
Tadi memang aku tak dapat fokus sangat, itu yang keluar perangai gila² aku tu..

Lepas tu, dalam sir tu senyum², last before dia keluar, tutup je fail dia,
terus cakap kat kitorang, "Okay class..next week saya nak buat kuiz.." 
Dalam keriuhan kami sekelas nak balik, tiba² semua makin huru hara.. 
Ada yang nak telefon Perdana Menteri suruh cancel kan kuiz ECO minggu depan..hahaha...

Itulah lagak budak² kelas aku yang memang huru hara, 
dan...termasuk aku yang selalu dikatakan "gangster kelas"..
haha.. 

Aku.. Aku.. Aku nak tidur pukul berapa ni??
Nina~Nina~ mata kau tak mengantuk ke hah!

Err..tak pun..lalala~~
Tapi aku rasa dah kena masuk tidur ni,
makin sejuk duduk kat koridor bawah ni haa..

Okay korang.. itulah yang aku sempat conteng pagi² buta ni,
Good Night Nina.. Sweet Dream :*
Assalamualaikum :)

BilaCeritaTercipta.Blogspot.Com-NynaEts" aku menulis pada 5/1/2013, 1.21 a.m :)



No comments:

Post a Comment