Assalamualaikum,
Dear Blog...
Kehadiran di atas dunia ini terlalu penuh dengan harapan, kehendak dan kemestian..
Aku jadi terdidik untuk melaksanakan apa yang diminta, membalas apa yang dirasa dan ia semata² untuk memahami bahawa itu adalah satu "tanggungjawab" ...
Dalam aku cuba melaksanakan setiap satu permintaan itu, hanya aku yang merasakan pagar² yang menjadi penghadang untuk aku melangkah ke depan..
Mereka katakan itu dan ini.. Kesusahan menjadi pengganti, namun dalam langkah meneruskan perjalanan, aku cuba kuatkan hati.. Aku dihadapkan dengan satu situasi.. Keterasingan itu buat aku rasa janggal..
Pengganti sepi adalah Dia..
Terkadang amarah menguasai diri apabila kesalahan yang memang bukan milik aku, menjadikan aku seolah² si pelaku yang tiada langsung ruang dan peluang untuk menafikan kesalahan itu..
Usia yang semakin beranjak menjadikan aku sedikit "paranoid"..
Paranoidkah aku?
Kalau rujuk dalam Kamus Dewan Edisi Empat, Paranoid adalah (orang) yang mengalami paronia, iaitu terlalu curiga, takut atau tidak percaya terhadap orang lain.
Err... Mungkin aku salah satu daripadanya...
Entah bagaimana dan dari mana perasaan itu muncul, tetapi mungkin juga aku tahu puncanya..
Orang yang aku percaya pun sanggup mengetepikan apa yang aku suarakan, seolah² salah itu memang ternyata salahku.. Suara aku hanya tersekat di dalam rongga pernafasanku..
Aku tahu perasaan ini sangat tidak baik dan mungkin akan ada yang mengatakan aku "pelik"..
It's up to you and you :)
Sehingga sekarang,
aku masih mencari erti kefahaman..
Mungkin sikapku tidak mencerminkan umurku, tetapi jauh di sudut hati aku bukan lg seorang kanak² yang masih kecil dan perlu melakukan sesuatu yang disuruh hanya untuk mendapatkan aiskrim dan gula²..
Dari dulu, aku hanya meminta untuk aku difahami, dan mungkin hanya aku dan Dia yang mampu memahami diri aku dengan cara yang cukup sempurna..
Terima kasih aku ucapkan kepada mereka yang cuba memahami diriku..
Kesakitan yang aku alami belum sampai ke penghujungnya.. Aku sendiri tak tahu di manakah garisan penamatnya, tapi aku tahu tiada siapa yang akan peduli, suara yang sayup² tidak berapa jelas pada pendengaran kamu, kamu, dan kamu...
Aku masih rasa bersyukur masih memiliki Dia yang sentiasa sudi mendengarkan..
Tetapi sebagai manusia biasa, aku bukan malaikat. Bukan juga taruhan untuk mendapatkan imbalan yang lumayan.. Bukan boneka yang sekadar menjadi peneman di kala sunyi..
Itu bukan aku, contengan aku pada blog ini bukanlah bertujuan meraih simpati daripada sesiapa.. Tetapi ia sekadar menumpahkan air mata pada papan keyboard tanpa tujuan yang pasti namun cukup untuk memuaskan sedikit rasa yang terbuku di hati. Menulis dan tertulis itu Dia lah yang menggerakkan, aku hanya sekadar ingin mencari erti kefahaman di sebalik lakonan manusia di atas litar roda dunia ini...
Sekian, dan terima kasih kalau ada yang sudi membaca contengan aku ini..
BilaCeritaTercipta.Blogspot.Com - NurAmaninaSuhaimi aku menulis pada 4/1/2013, 4.04 p.m :)

No comments:
Post a Comment