Contengan diriku ..

My photo
Catatan dan tulisan menjadi teman pengganti diri ini bila sepi.. Aku hanya seorang manusia biasa, terlahir ke dunia kerana cinta ibu dan ayah.. Mencintai semua orang yg mencintai diri ini.. Kebaikan bukan untuk dipamerkan, tetapi diamalkan.. "Jangan Menilai Aku Dari Kaca Luar" Sekian :)

Friday, 28 November 2014

Luahan Ombak yang Menghempas Pantai

Assalamualaikum,
Dear blog,

Sekian lama rasanya aku tidak berbual dengan tinta tulisan ku di laman blog ini. YA. Rindu itu menjengah.
Semalam, sepasang kaki ku melangkah ke pantai Batu Layar yang terletak di sempadan tiga pesisir pantai iaitu Tanjung Balau, Desaru dan Batu Layar, Kota Tinggi, Johor.

PANTAI BATU LAYAR, KOTA TINGGI

Di sana aku melihat keindahan dan ketenangan para tetamu alam yang hadir. Dengan berbekalkan netbook kecil yang kubimbit di tangan, kaki ku berjalan menyusuri pasir-pasir pantai yang memutih.

Sungguh aku tenang di saat itu. Suara ombak yang berkocak menghempas pantai itu mencuit naluri remaja ku yang sentiasa ingin tahu untuk turut mencecahkan kaki ku ke permukaan air.

Suasana yang tenang lagi mendamaikan perasaan tika ini. Pemandangan yang mencuit rasa. Sungguh. Keganasan ombak yang menghempas pantai seperti yang sedang aku alami sewaktu di sini memberi aku rasa bahagia di sudut jiwa.

Seorang lelaki berlari-lari anak di tepian pantai, sekumpulan kanak-kanak yang bergelak ketawa dengan riangnya melawan badai sambil dipeluk erat pelampung getah yang beraneka warna.

Alangkah indahnya menjadi kanak-kanak. Tiada gundah yang mengetuk rasa, tiada masalah yang memerap di rantai jiwa, tiada rasa ragu yang menjengah kalbu. Saat itu aku sedang merindukan zaman kegemilangan kanak-kanakku yang pernah aku lewati suatu waktu dahulu.
Mereka leka membiarkan diri lemas bersama baju dan celana yang lukus dibasahi gelora lautan yang meramas setiap inci kedukaan.

 

Bicara perihal masalah yang sentiasa menjadi teman setiap manusia. Ombak itu bagai masalah. Dan pantai itu ibarat penasihat yang setia.
Bagiku, masalah bukan lagi sebuah masalah jika tuan empunya badan tidak menganggap ia sebagai masalah. Percaturan hidup ini mudah sebenarnya. MANUSIA. Tidak kira apa jua status, kedudukan, paku di bahu, gelaran waima warna rambut sekalipun pasti memiliki sesuatu yang namanya "masalah".

Konflik yang tidak pernah terlepas daripada pasang surut kehidupan. Dan aku belajar sesuatu daripadanya.

Belajar menghargai semua orang walau sekecil apa yang dia lakukan kepada kita lantas memahami peri pentingnya nilai sebuah penghargaan walau satu zarah ucapan "maaf" dan "terima kasih" sahaja.  BESAR maknanya dalam kamus hidup kita.

Akhir kalam,
Ketenangan itu kita yang rasa, kita yang miliki, kita jua yang menghapusnya. Hanya Dia yang Maha Tahu setenang mana hati ini, dan sehingga ke hari ini, masih kekal perasaan itu. Harapanku ia sudi untuk kekal sampai bila-bila, inshaa Allah :)

"Cerita tentang kita takkan pernah terhenti di sini ... "

KREDIT UNTUK PENEMAN SETIAKU

SEKIAN
BilaCeritaTercipta.Blogspot.Com-NynaEts"
aku menulis pada 28/11/2014, 3.15 p.m :)



Thursday, 31 July 2014

Antara Cinta & Cita-Cita

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum ...

~Antara CINTA dan CITA - CITA~

Berbicara soal CINTA.
Macam seronok je bila topik cintan cintun ni masuk kan.
Hati terasa bahagia, jiwa berbunga - bunga.
Bibir menguntum senyum.
Cinta memang dahsyat. 
Soal cinta sangat berkait rapat dengan permainan hati dan titik soal dalam jiwa.
Cinta ibarat satu pertaruhan.
Menerima kehadirannya seolah - olah menyahut seruan pertaruhan itu. 
Jika kita menang dalam pertaruhan tersebut, maka BAHAGIA itu milik kita.
Tapi harus diingat!! Cinta tak semestinya memiliki. Jika ditakdirkan kita gagal menaungi pertaruhan hati itu, Allah mempunyai rencanaNya yang tersendiri. Aku tak pernah menolak bahawa CINTA itu akan hadir, juga tidak sedikitpun aku nafikan bahawa CINTA itu juga akan pergi bila - bila masa yang DIA kehendaki. 
Hanya Allah yang menentukan kalah menangnya kita dalam pertaruhan tersebut. 
Bila kita berani menerima cinta, maka kita harus berani menanggung risikonya bukan?
Aku menganggap CINTA itu menakutkan. KERANA APA?
Kerana setiap perkara yang menakutkan, pasti kita susah nak lupakan.
Sweet tak macam tu? Hehe. Jangan marah. Ini cuma sepotong pendapat, bisikan halus daripada jiwa yang halus. 


Dalam menyemai benih halus sebuah rasa, tak lupa pula pada tuntutan CITA - CITA di mana ia juga sebuah pertaruhan, antara masa depan dan keterlangsungan. 
Meneruskan CITA - CITA atas nama kemahuan dan tanggungjawab. Anugerah kehidupan yang penuh makna. Bersama CITA - CITA aku meneruskan lagi langkahku, tanpa jemu aku terus mengorak satu demi satu anak tangga dengan harapan, aku akan berjaya hingga ke akhirnya.
CITA - CITA yang tersemat di jiwa akan cuba ku capai sekuat hati, sebulat tekad dan azam yang tinggi. 
Hanya satu pintaku, agar dapat ku seimbangkan antara CITA dan CINTA. 
Terlalu besar harapan, terlalu tinggi permintaan hati untuk aku menggagahkan diri untuk terus berada di mercu kejayaan, insyaAllah akan ku tunaikan.

Buat seseorang atau sesiapa yang bakal menjadi teman hidupku kelak, izinkan aku terus berada di jalan ini. 
Temani aku untuk aku terus menggali ilmu di dunia ini. 
Tentang soal CINTA, ya aku sangat komited untuk kekal setia bersama yang sudi setia bersamaku. Manakala bagi soal CITA, ya aku masih terus konsisten mengumpul kekuatan meraih rekod terbaik dalam hidupku.


Duhai CINTA, aku harap kau masih setia menunggu hingga waktunya kau dan aku disatukan kelak. 
Duhai CINTA, aku harap kau masih sudi bersabar berkongsi cerita, mendengar segala cerita yang tersemat di kalbu. 
Duhai CINTA, fahamilah CITAku sepertimana aku memahami CITAmu.
Duhai CINTA, CITAku bukan hanya ILMU, tapi juga KAMU. 
Semoga Allah restu, insyaAllah amin :))

Okay lah, itu je rasanya. 
Jari rindu nak berkongsi tinta.
Jumpa lagi nanti,
SEBELUM AKU LUPA,
"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI"
Masih belum terlambat lagi kan nak ucap. Okayyy~
Selamat malam ^_^

BilaCeritaTercipta.Blogspot.Com-NynaEts" aku menulis pada 31/7/2014, 12.01 a.m :)

Monday, 29 July 2013

Penat Tak Berlabel :)

Assalamualaikum, 
Dear Blog..

Apa itu Penat Tak Berlabel? 
Haha.. actually, it same goes to "Penat yg tak terhingga" 
Lama gila aku tak menconteng dinding dashboard aku ni..

Alhamdulillah, semester ini dah masuk tahun ketiga aku di UiTM Alor Gajah, Melaka..
Tinggal satu semester sahaja lagi, sekarang dah rasa jadi senior sikit.. hehe, 
Seronok? 
Seronok lah kalau fikir nak habis diploma dah tak lama lagi, 
Penat? 
Uihh.. Yang tu jangan tanya lah >.<

Actually, bila semakin senior, semakin bertambah homework yang nak kena buat..
Itu semua sudah menjadi perkara biasa dalam kehidupan seorang student macam kami..
Lebih² lagi yang dah senior ni, penat daripada segala sudut.. 
Kewangan, tenaga, masa, semua cukup pakej.. 

"Mascomm Student"
Apa je yang tak penat kan??
Semester 5 kali ini, kami ada 5 subjek iaitu:
*ADV 241 (Advertising)
*BRO 231 (Broadcasting)
*COM 361 (Introduction to Communication Research)
*COM 366 (Event Management in Communication)
* ETR 300 (Fundamentals of Entrepreneurship)

Jadi, 
di semester 5 kali ini, banyak lah, kos, kerahan tenaga, peluh, masa tidur  yang perlu dikorbankan untuk kami menyiapkan segala tugasan dan projek² sebelum final exam  menjengah tiba Oktober ni..

Semester ni, aku dah jadi penduduk luar kampus..huhu, tidak lagi menetap di dalam..
No Kolej Tun Merah. No UiTM Residential Staff. 
Aku kini bergelar seorang NR (pelajar Non - Residence)
Dah duduk luar ni, faham² lah kan, mana duit sewanya lagi, mana bil elektrik, bil airnya lagi,
mana bajet duit event, mana bajet nak pergi shooting..




Kehidupan di UiTM ni, macam² pengalaman yang aku dapat..
Daripada aku ni, budak skema yang tak tahu apa², 
sampailah aku masih skema, tapi lebih tahu banyak benda..hehe
Everythings  came just like a wave, it hit me everywhere..
The test might come either from my back or in front of me,
Just to get myself to be well prepared..
Alhamdulillah..
It is actually two things:
1. Mind your own business
2. Stay out of mine

Jangan jadi tin kosong bila disepak bunyinya penuh dengan pasir semata².
Yang penting, kau buat kerja kau. Aku buat kerja aku. 
Settle ^_^

Itulah Penat Tak Berlabel yang aku maksudkan..
Semua orang ada penat yang sama macam aku ni..
Itu jela rasanya setakat ni aku nak conteng,
"Penat"
hehe..daaa~~ X.O.X.O

BilaCeritaTercipta.Blogspot.Com-NynaEts" aku menulis pada 29/07/2013, 5.21 p.m :)





Monday, 14 January 2013

Photo Camp "SNAP 2013" :)

 Assalamualaikum, 
Dear Blog..


Penat Oh! Penat..

Tp, alhamdulillah.. Photo Camp sudah pun selesai semalam Ahad 13/01/2013..
Hari ini aku nak cerita pasal apa yang kitorang buat semalam, 
lepas beberapa hari berusaha nak dapatkan DSLR tu, then dapatlah jugak guna semasa Photo Camp ni berlangsung...

Kalau ikut jadual asal, pukul 8 sepatutnya dah kena ada kat atas dah, maksud aku Fakulti Komunikasi & Pengajian Media yg tinggi nun di atas bukit kayangan aku tu, hehe..
Tp, nasib tidak menyebelahi si pejalan kaki tegar mcm kami ni, hujan lebat turun membasahi bumi Lendu London ni haa..


So, lambat sikit lah event tu start.. Dan bila Mascomm student untuk batch kami Mei 2011 berkumpul, terasa merah fakulti tu, hehe... 


Lepas je pendaftaran, a day began... Masing² dengan DSLR dan tripod masing², pelbagai warna, pelbagai gaya... Photo Camp yang diadakan ini untuk memberi sedikit panduan tentang teknik nak shoot gambar untuk assignment "7 Pictures" kami tu.. 


I'm not really in a mood yesterday actually..
But sincerely, everything's going well and I love the night scene :)
Aku ada cerita sikit nak share,
aku tidaklah pandai sangat nak ber"function" dengan DSLR ni,
tp seronok lah jugak godeh² kamera tu, berangan jadi photographer sekejap semalam, haha..


Semalam ingat dapat shoot untuk sunset tau, tp tak dapat sebab awan tutup cahaya matahari.. 
Dan, cahaya matahari pun tak terik sangat semalam..
Sayang betul lah kan, ish..ish... 
Nak buat macam mana tak dapat lah tengok matahari terbenam semalam, bukan rezeki kami lah nampaknya..


PERSIAPAN SEBELUM SENJA :)




Suasana sebelum senja :)


Bila dah penat dan dijangkiti penyakit malas, inilah kerja kami ...

Inilah perangai aku, nampak kamera kerja nak "peace" je :D



Aku dengan Mira, haa..
memang mcm nilah bila bosan dan penat  saling berjangkit kat kitorang :)




(NIGHT SCENE) 
Tapi yang paling seronok masa night scene lah, sebab main lighting, lampu cantik, I love it !






So, the conclusion is, the 16 hours credit for our subject Photo Communication ni sangat memenatkan tetapi sedikit sebanyak aku belajar lah jugak daripada hanya tahu "Klik!" dan "Snap!" gambar je kan, hehe....

Itulah serba sedikit cerita aku pasal aktiviti yang kitorang buat semalam untuk event SNAP 2013 kami ni, 
event Semester 4 Mascomm student yang sangat penat dan diharap semoga ia dapat memberi banyak manfaat untuk kami, insya Allah.. SEKIAN :)


BilaCeritaTercipta.Blogspot.Com-NynaEts" aku menulis pada 14/01/2013, 4.05 p.m :)

Friday, 11 January 2013

Salam Jumaat 11/1/2013 :)

Assalamualaikum,
Dear Blog..

My first day without facebook, hehe.. First of all aku cuma rasa macam nak menconteng something pada blog aku ni, but this time is not a fact lah kan, saja suka² :)

Tadi pagi aku ada kelas ECO120, Quiz 1 pulak.. 
Actually I don't have any basic of Economics before, 
but then it makes me feel like Oh! This is the fact that i need to look for some extra effort on it..

Minggu ni terasa sangat memenatkan, dan kalau diikutkan akan terjadi fenomena "mata panda" kepada diriku dan rakan² seperjuanganku yg lain kerana minggu ini jadual kami agak pack dengan event dan program, aku cerita sikit lah ea perjalanan hari² aku sepanjang minggu ni,
bermula daripada Isnin - kelas Photo Comm.. 8.30 pg kelas bermula sehinggalah pukul 11.30 pg, then dapatkan surat pengesahan utk interview Karangkraf minggu depan..
aku belajar serba sedikit tentang kamera DSLR tu, seronok lah jugak sebab selepas apa yang kitorang belajar, setiap kali kami membelek² majalah or any picture, kitorang tak pandang kosong je semua tu, semua ada point nak dicakap, effect colour tu lah, kesan apperture pada gambar tulah, sikit² at least ada yg berisi dalam topik perbualan kami kan..

Hari kedua Selasa - kelas Publishing.. 8.30 pg sehinggalah pukul 11.30 pg, tp kelas habis awal selepas sesi presentation by group discussion by Puan Shida, habis je Publishing class, aku terus ikut Pn. Shida utk install software Adobe inDesign, dan alhamdulillah dapat 3 sekali, inDesign, Photoshop, dan Illustrator.. 
Lepas siap meng"install" semua tu, aku dengan budak² group assignment aku pergi pulak jumpa Pensyarah utk proses pinjaman dengan pihak fakulti, then dapatkan cop KPP, Ketua Pusat Pengajian atau lebih senang, Koordinator Fakulti Komunikasi & Pengajian Media kitorang,, 

Habis semua tu, turun pulak daripada Fakulti yg memang atas bukit kayangan tu, pergi Blok B, 
sampai² kat situ, Bilik Media tutup, call Encik Jasmi sebab nak jumpa, dia kata pukul 3 baru free,
Ya Allah, penatnya,, dugaan kami betul lah.. waktu tu baru pukul 1 tau..
Hari Selasa tu jugak lah aku kena injection untuk second dos HPV..
Secara kesimpulannya, aku penat gila lah hari tu..

Hari Rabu pulak, Lab Test Oh! Lab Test ..
8.30 pg - 10.30pg kelas Modern Issue,
11.30 pg - 2.30 ptg kelas In Design, 
Alhamdulillah, lecturer suruh kitorang design poster dan aku design poster bertemakan Photo Gallery "Colour of Life" takde lah cantik mana sangat, 
tp at least it was a new experience and me like it so much, hehe :)


Hari Khamis tak berapa busy sebab kelas Journalism cancel, so, aku ada kelas Economics pagi pukul 8.30 sampai 11.30 jela, lega lah jugak, hehe...

Dan...hari ini Jumaat, kelas Economics je, 
lepastu malam pulak ada program Kemahiran Insaniah yang diadakan satu kali setiap semester..
Pukul 8 mlm nanti kitorang dah kena ada dekat Dewan Taming Sari UiTM Melaka, dengar ceramah..
Hope semua berjalan lancar walaupun Tuhan je tahu betapa aku rasa sangat penat...

Esok Sabtu 12/1/2013, 
sambungan Program KI dan Ahad 13/1/2013 ni, 
semua student Diploma Komunikasi dan Media semester 04 ada event SNAP2013 (Photo Camp)..
Penat Oh! Penat :))
 Hehe..

Okay done with my conteng²...
Selamat menunaikan solat Zohor awak, awak dan awak :)

BilaCeritaTercipta.Blogspot.Com-NynaEts" aku menulis pada 11/1/2013, 1.00 pm :)





Sunday, 6 January 2013

Rahsia di Sebalik Awan :)

Assalamualaikum,
Dear Blog..

Semalam.. puas aku membebel yang bukan fakta kat blog aku ni, siap conteng² bagai...hehe..
Jadi aku ingat.. 
Pada waktu malam yang semakin berubah wajah ni, 
aku nak tumpahkan sedikit perkongsian idea pada papan keyboard aku ni lah..

Mula² aku tak ada idea nak tulis apa tau, tp..
thanks to my senior a.k.a roommate aku, sebab dia bg tajuk ni :)

Poof!!! Idea's coming ~~
Tadaaa~~ Rahsia di Sebalik Awan :)

Sumber 1 :
ScienceDaily (Mar. 5, 2012)
Awan memiliki efek yang mendalam pada iklim, tapi yang kita tahu tentang pembentukan awan sangat sedikit. Erika Sundén sudah mempelajari bagaimana partikel awan yang luar biasa kecil bisa membuang kelebihan energi (catatan : pembuangan panas laten / energi sangat berpengaruh terhadap cuaca). Pengetahuan ini diperlukan untuk memahami proses-proses di atmosfera yang berpengaruh terhadap perubahan cuaca global. 

Sumber 2 : 
Memantau.Blogspot.Com
Jika langit sedang cerah, kita bisa melihat awan di langit. Awan tersebut terlihat seperti kapas-kapas yang sedang terbang di langit. Jika langit sedang cerah, maka awan akan terlihat berwarna putih. Sering kali kita lihat awan putih dengan berbagai bentuk. Kadang-kadang bergumpal-gumpal, kadang tersebar tipis, berbentuk seperti sisik ikan, atau bergaris-garis seperti serat. Sebentar terlihat bergumpal, tak lama kemudian berubah bentuk, bertebaran dibawa angin.

Memang, bentuk awan selalu berubah-ubah mengikuti keadaan cuaca. Sering kali awan berbentuk indah bagaikan lukisan di langit. Lihatlah di puncak gunung yang tinggi, akan terlihat awan yang memayungi gunung itu. Sungguh indah bukan? Itulah salah satu dari kekuasaan Tuhan yang telah menciptakan langit dan bumi beserta isinya ini. Lalu, kira-kira bagaimana ya awan itu terbentuk?


Diawali dari turunnya hujan, kemudian sinar/cahaya Matahari yang sampai di permukaan bumi, lantas diserap bumi, tumbuhan, tanah, sungai, danau dan laut, sehingga menyebabkan air menguap. Wap air naik ke udara atau atmosfer. Wap air naik semakin lama semakin tinggi karena tekanan udara di dekat permukaan bumi lebih besar dibandingkan di atmosfer bagian atas. Semakin ke atas, suhu atmosfer juga semakin dingin, maka uap air mengembun pada debu-debu atmosfer, membentuk titik air yang sangat halus berukuran 2 - 100 mm (1 mm = 1 / 1.000.000 meter). Tanpa adanya debu atmosfer, yang disebut aerosol, pengembunan tidak mudah terjadi. Miliaran titik-titik air tersebut kemudian berkumpul membentuk awan. 

Terdapat 10 jenis awan yang pelbagai bentuk. 
Subhanallah, cantik² semuanya ciptaan Allah :)

Cuba korang tengok gambar² ni..














Haa... Amacam?? Cantikkan awan² yang aku tunjuk kat korang ni? Macam² bentuk dan rupa yang Allah ciptakan untuk halwa pandangan kita di atas muka bumi ini..

Okay.. Korang pun dah tahu serba sedikit macam mana awan itu terhasil kan?
Sekarang ni aku nak kongsi sedikit cerita tentang awan (daripada perspektif kehidupan)..

Jika korang perhatikan, 
awan² yang terdiri daripada pelbagai asal usul kejadian ni semua datangnya daripada Allah, 
Serba indah, tak ada satu pun yang tercela pada pandanganNya :)

Begitu juga dengan kecantikan manusia,
Potongan ayat daripada filem musikal Melayu "Hoore Hoore" yang berbunyi...
"Setiap penciptaan Tuhan itu tidak sia², Allah dah cipta mengikut kehendak-Nya dengan sempurna. 
Dah indah, dah cantik.. Cuma kita perlu keluarkan dari dalam diri kita sendiri.."

"Cantik seseorang itu berbeza dan tak sama.."

Di sini aku nak bagi pendapat aku versi original tau..
Kecantikan seseorang manusia tak terlihat pada wajahnya, tapi pada hatinya. Kadang² adakalanya hati kita sedang bersedih, tetapi wajah masih mengukir senyuman yang paling manis.  
Maksud aku kat sini, jika kita lihat pada cantiknya awan, mendungnya hanya terlihat apabila ia tidak mampu menahan air yang sudah memenuhi dada langit. Dan di saat turunnya hujan, gugur membasahi bumi, saat itulah awan itu menangis.. Dan kita harus menjadikan awan itu sebagai contoh.. 
Awan yang letaknya Maha Tinggi pun tetap kalah dengan langit. 
Apa yang dapat aku simpulkan di sini ialah setinggi mana pun kita berada. jangan pernah sombong dengan apa yang kita ada, ingatan untuk aku jugak ni :)

Allah itu Maha Hebat.. 
Dia mendatangkan segala rasa, dan dia jugalah yang menghilangkan segala duka..
Sedikit pengisian ini aku harap walaupun hanya menjadi contengan aku pada dashboard blog aku ni, tapi sekurang²nya dapat memberikan manfaat kepada yang sudi membaca.

Sekian, dan terima kasih..
Jika ada sebarang perkongsian idea, silakan. Aku okay je korang :)

BilaCeritaTercipta.Blogspot.Com-NynaEts" aku menulis pada 6/1/2013, 1.29 a.m :)




Saturday, 5 January 2013

Conteng Conteng Di Pagi Hari :)

Assalamualaikum,
Dear Blog..

Rasanya kali ini pun aku just nak menconteng blog aku ni dengan something yang tak ada fact, 
hanya untuk suka² je..

Malam ni nampaknya tinggallah aku dengan senior aku je, dua orang lagi roommate aku balik, maklum lah esok kan Saturday and Sunday.. Meaning to say cuti hari minggu lah ^_^

Dan, kami pun...apalagi...
Esok dah sah² kitorang tak ada kelas, jadi.. tidur lambat pun no hal lah kan, hehe..
Aku ni, bila dah menghadap laptop.. ada je yang aku nak conteng,
tp dah pagi² mcm ni, idea aku beku sekejap...
Esok mungkin boleh tumpahkan idea aku pada papan keyboard aku ni kot..
Ya...Maybe...

Hari ini aku belajar lah belek sikit² tutorial nak bagi blog aku ni tak nampak "dull" sangat, bukan apa.. 
At least,
aku sendiri rasa teruja dan seronok nak buka dashboard aku kan..
Seronok dapat terjun ke kolam blog ni, yang sememangnya menarik untuk sesiapa yang rasa nak syok sendiri macam aku..
Tp..
Cop! Cop!
Aku memang syok sendiri, cuma aku akan pastikan pengisian untuk blog aku nanti akan lebih mendatangkan manfaat dan sekurang²nya berkongsi idea dengan korang semua..

Aku pun tak tahu sebenarnya ada ke orang yang sudi menjengah ke laman blog BilaCeritaTercipta aku ni, but then...
It's okay as long as I can entertain myself :)

Sedikit cerita untuk dikongsi..
Pagi tadi.. aku hampir terlambat ke kelas Economics..
Apalagi, memang macam apa lah kan aku bersiap,
Tp yang buat aku tergelak sendiri tu.. Perangai aku bila aku "ter"bangun lambat, bangun tidur je muka aku mesti nak cover² mcm --> "Haii..mana ada aku lambat (sambil lambai² tangan)" 
Tapi lepas tu, lesap terus ke bilik air...hahaha.. 
Nina~Nina~

Tapi nasib baik lecturer tak masuk lagi.. Biasalah, kelas pagi takkan aku seorang je lambat kan (peace)..
Aku sangat suka tengok lecturer Eco ni time dia masuk kelas, berseri²..senyum je muka dia..hehe..
Sampai aku siap tanya kat classmate aku, 
" Sir ni agaknya tak bosan ke hadap muka kita 2 hari berturut² ea?"
hehehe.. 

Tp, apapun.. dia seorang lecturer yang baik..
Aku tak pernah ada basic Economics sebab masa SPM dulu aku ambil Sains Tulen..
Jadi bila muka krik krik aku keluar, "Maafkan saya sir.."hehe..
Tadi memang aku tak dapat fokus sangat, itu yang keluar perangai gila² aku tu..

Lepas tu, dalam sir tu senyum², last before dia keluar, tutup je fail dia,
terus cakap kat kitorang, "Okay class..next week saya nak buat kuiz.." 
Dalam keriuhan kami sekelas nak balik, tiba² semua makin huru hara.. 
Ada yang nak telefon Perdana Menteri suruh cancel kan kuiz ECO minggu depan..hahaha...

Itulah lagak budak² kelas aku yang memang huru hara, 
dan...termasuk aku yang selalu dikatakan "gangster kelas"..
haha.. 

Aku.. Aku.. Aku nak tidur pukul berapa ni??
Nina~Nina~ mata kau tak mengantuk ke hah!

Err..tak pun..lalala~~
Tapi aku rasa dah kena masuk tidur ni,
makin sejuk duduk kat koridor bawah ni haa..

Okay korang.. itulah yang aku sempat conteng pagi² buta ni,
Good Night Nina.. Sweet Dream :*
Assalamualaikum :)

BilaCeritaTercipta.Blogspot.Com-NynaEts" aku menulis pada 5/1/2013, 1.21 a.m :)